Tahniah Miss K ucapkan kepada aktres cantik berdarah kacukan, Juliana Evans kerana telah selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya, seorang kerabat diraja Selangor yang bernama Tengku S.

Miss K menerima beberapa keping foto majlis pernikahan yang berlangsung padi tadi.







Menguatkan lagi berita, Miss K juga menerima beberapa keping paparan skrin Instagram Stories rakan baik Juliana, Kaka Azraff sedang menghadiri sebuah majlis perkahwinan, yang dipercayai majlis perkahwinan Juliana.







Pelakon otai, Datuk Seri Shah Rezza turut berkongsi foto perkahwinan Juliana dan suami di laman Instagram miliknya.



Sebelum ini, Miss K pernah melaporkan yang Juliana bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini tetapi perkara tersebut dinafikan oleh Jualiana.

BACA: Juliana Evans Buat Persiapan Kahwin, Nikah Kerabat Tahun Depan

Selamat pengantin baru Juliana dan suami, semoga perkahwinan yang dibina kekal abadi sehingga ke syurga!

Miss K: Giliran siapa lepas ni nak menamatkan zaman bujang? Tak sabar nak makan nasi minyak!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!