Juliana Evans Buat Persiapan Kahwin, Nikah Tengku A Tahun Depan

23 Disember 2016. 2.00 PM
14,707
Hiburan
Juliana Evans Buat Persiapan Kahwin, Nikah Tengku A Tahun Depan

Mendengar khabar mengenai berita perkahwinan pelakon cantik Juliana Evans dan kekasihnya Tengku A, Miss K tersenyum sendirian.

Lepas tu Miss K tersedar balik dari lamunan, kenapa pula Miss K yang kena senyum sedangkan yang nak mendirikan masjid tu orang lain.

Miss K dapat tahu artis jelita berwajah kacukan itu sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan kerabat di raja Selangor itu.

Khabarnya, kain pasang sudah siap diedarkan. Baik di pihak perempuan mahupun kaum kerabat terdekat pihak lelaki. Wah! Kalau dah edar kain pasang tu, maknanya semakin dekat lah majlis kan? Setidak-tidaknya mungkin tiga hingga empat bulan dari sekarang!

Tambah sumber Miss K itu lagi, Juliana atau mesra dengan panggil Ju itu akan terus melangsungkan perkahwinan dengan Tengku A dan tidak ada majlis pertunangan.

Wah! Diam-diam aje kan. Tapi Miss K tak hairan sebab Ju ini pun bukan jenis yang suka heboh-heboh. Sebelum ini pun Ju tak pernah heboh tentang hubungan cintanya, sampailah dihidu oleh pihak media.

Bagaimanapun, sumber Miss K itu tak berapa hebat sebab tidak tahu bila majlis tersebut bakal berlangsung. Tak macam spy Miss K sebelum ini yang lengkap bagi details tentang majlis perkahwinan pelakon Saharul Ridzwan sampai Miss K yang scoop dulu.

Apa-apa pun, Miss K ucapkan tahniah in-advance kepada Juliana dan Tengku A. Semoga dipermudahkan semua urusan kalian sehingga selesai majlis itu nanti.

Jangan lupa kirimkan undangan kepada Miss K ya Ju, itupun kalau sudi. Hehehek.

Miss K: Semakin galak penyanyi janda pandai masak tu layan jantan yang ajak pergi berhibur di pusat karaoke!

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!


Artikel Berkaitan


Komen