Anggota Running Man, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, HaHa, Song Ji Hyo dan Lee Kwang Soo terkejut sebaik sahaja mengetahui berita tentang perkahwinan Gary.

Menurut jurucakap Running Man, keenam-enam mereka tidak diberitahu mengenai perkara itu walaupun sudah bersama Gary hampir tujuh dalam program tersebut.

“Mereka semua terkejut apabila mendengar berita mengenai perkahwinan Gary dan tidak ada seorang pun yang tahu mengenai perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, wakil syarikat Gary, Yangbans turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hal tersebut.

“Kami tidak tahu mengenai sebarang perancangan Gary untuk berkahwin, kami menerima perkhabaran itu beberapa minit sebelum dia mengeluarkan kenyataan di Instagram (IG)nya.

“Gary sememangnya seorang yang gemar berahsia leabih-lebih lagi mengenai kehidupan peribadinya, tapi kami tak sangka pula dia rahsiakan perkahwinannya daripada kami.

“Pada mulanya kami sangkakan berita itu sekadar gurauan (April fool) memandangkan ini bulan April, namun Gary mengesahkan perkara tersebut.

“Kami juga tidak mengenali isterinya dan selain daripada kenyataan yang dikeluarkan Gary, kami tidak mempunyai sebarang komen,” jelasnya.

Terdahulu, Gary yang juga merupakan bekas anggota Running Man telah mengejutkan peminat diseluruh dunia dengan berita mengenai perkahwinannya.

Berita tersebut diumumkan oleh Gary menerusi akaun IG semalam.

BACA: KANG GARY BERGELAR SUAMI, SAHKAN TELAH BERKAHWIN SECARA RAHSIA

Olahan: Mya Amri

Sumber: Soompi/Allkpop/Koreaboo