Bekas anggota Running Man, Kang Gary mengesahkan dirinya telah selamat melangsungkan perkahwinan hari ini.

Perkara tersebut didedahkan sendiri olehnya menerusi akaun Instagram @kang_gary8888 kira-kira pukul 5 petang tadi.

Perkahwinan tersebut berlangsung secara rahsia tanpa sebarang majlis.

“Saya telah berkahwin dengan wanita yang saya cintai hari ini. Bagaimanapun kami tidak mengadakan sebarang majlis.

“Perkahwinan ini berlangsung atas persetujuan kami berdua. Isteri saya bukanlah di kalangan selebriti tetapi dia berjaya memikat hati saya.

“Saya akui pengumuman perkahwinan ini agak mengejutkan tetapi berilah restu kepada kami berdua. Kami janji akan menjalani kehidupan bahagia sebagai suami isteri - Kang Gary,”
tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen Instagram Gary dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat di seluruh dunia.

Teks oleh: Mya Amri

오늘 사랑하는 사람과 천년가약을 맺었습니다. 따로 결혼식은 하지 않고 둘만의 언약식을 통해 부부가 되었습니다. 아내는 일반인 여성으로 순식간에 제 영혼을 흔들어놨슴다ㅎㅎ 갑작스런 결혼 발표 소식에 놀라셨을 분들도 계시겠지만 저희의 새로운 앞날을 기쁜 마음으로 함께 축복해주시길 바라는 마음입니다! 평생 행복하게 잘 살겠습니다. 강개리 올림

A post shared by 姜gary (@kang_gary8888) on