Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan tindakan melampaui batas netizen, penyanyi Tajul bertindak menjawab kesemua komen mereka.

Tajul membalas komen-komen tersebut menerusi ruangan komen di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Tajul, dia mengambil keputusan membalas komen-komen tersebut untuk memberikan pengajaran kepada mereka.





Tambah Tajul lagi, berkemungkinan tindakannya yang hanya mendiamkan diri selama ini membuatkan netizen semakin naik lemak.



Dalam pada itu, rata-rata peminatnya menyokong tindakan Tajul.

Tidak kurang juga yang meminta penyanyi berusia 20 tahun itu bersabar dan tidak melayan karenah netizen yang dianggap tidak matang.

Foto: Instagram @tajulofficial