Pelawak dan penyampai radio Shahrol Shiro menerusi sebuah entri Instagram (IG)nya menegur geng ‘basikal lajak’ yang menunggang secara berbahaya.

Dalam perkongsian tersebut Shahrol atau Shahrol Azizie Azmi, 34, memberitahu terserempak dengan lima penunggang ‘basikal lajak’ sedang menuruni bukit dengan cara berbahaya.

Bagaimanapun ketika sedang merakam aksi penunggang berusia dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun itu, salah seorang daripada mereka terjatuh di tengah jalan raya.

Shahrol kemudiannya turun daripada kenderaannya dan membantu kanak-kanak tersebut.

Pada ruangan kapsyen video tersebut Shahrol sempat menegur kumpulan basikal tersebut dan telah mendapat sokongan sebahagian besar pengikut IGnya.

“Adik, abang tahu hati adik kering...hati kering biar kena tempat!

“Kalau abang laju dah tentu awak dekat bawah kereta dan abang ke dalam dulu untuk bantu siasatan,"
tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrol turut menyeru kepada ibu bapa agar memantau aktiviti anak masing-masing kerana mereka adalah harta tidak ternilai.

"Kepada ibu bapa, saya minta tolong sangat-sangat, pantaulah anak-anak anda. Mereka adalah harta yang tidak ternilai buat kita.

"Kepada adik-adik basikal lajak, kalau kawan tanya nak ‘berembat’ on tak on? Jangan kasi on! Adik-adik mampu merubahnya,"
tulisnya lagi.

Video yang dikongsi Shahrol itu telah ditonton lebih 750 ribu kali dan dikomen lebih 1 ribu pengguna laman sosial.

Mula2 ternampak 5 biji dak2 basikal lajak ngah layan turun bukit lantas @yusry_tapah mengeluarkan hp utk merakam aksi mereka..Tau2 sorang tumbang.. Dik..abg tau hati adik kering..hati kering biar kena dgn tempat..kalau abg laju tu,dah tentu awk kat bawah kete..Kompom abg ke dalam dulu utk siasatan.. Kpd ibu bapa, sy minta tlg sgt2 pantaulah anak2...mereka adalah harta yg tidak ternilai buat kita.. Kpd adik2 basikal lajak, kalau member tanya "Nak berembat OnxOn??"..JANGAN KASI ON!!! Adik2 mampu merubahnya? #TaknakBahayakanDiri #MyGeneration #Shiro #Success #Humble #Intelligent #Respect #OrangKampung

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on