Kredit foto: Metro

Terbayang-bayang keenakannya!

Rasanya ramai di antara korang semua yang suka makan kan?

Pantang ada tempat makan best-best atau makanan baru yang viral di media sosial mesti berebut-rebut nak mencubanya! Betul tak?

Maklumlah, bila dah viral semua nak jadi nombor satu yang merasainya dan yang penting dapat muat naik ke akaun media sosial masing-masing. Betul tak? Hehehe...

Di bawah kami senaraikan lima makanan yang pernah viral dalam senarai #MYThrowbaek2017 ni.

Siapa yang dah pernah rasa?

#1 Burger Nasi Lemak


Kredit: myBurgerLab

Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang menu ni. Ramai yang berlumba-lumba menghasilkannya termasuk syarikat makanan segera seperti myBurgerLab, McDonald’s, Burger King dan MarryBrown.

Dan, tentunya ramai tak lepaskan peluang rasa burger selera tempatan ni. Ada pula perisa rendang dan tak cukup dengan burger nasi lemak, muncul pula nasi lemak lobster yang dimakan bersama sos keju, memang terangkat!

#2 Ais Krim Durian


Kredit: OneBuggy

Raja buah ni tentunya ada permintaan yang tinggi. Bayangkan rasanya yang manis dan lemak tu dimakan bersama ais krim! Fuhhhh!


#3 Roti Golok


Kredit: YouTube

Rasanya lemak-lemak manis masin dan lembut. Roti golok atau roti mentega yang dipintal ini pernah menjadi fenomena sehingga ramai yang tidak mahu terlepas merasainya!

#4 Taiwan Original Cake

Kredit: YouTube

Segar, paling gebu dan rasanya yang sedap... Kek ini turut menjadi fenonema di Taiwan dan apabila cawangan Original Cake dibuka di Cheras Sunway Velocity, fenomena ini turut melanda Malaysia.

#5 Milo Cube


Kredit: WORLD OF BUZZ

Milo bukan sahaja minuman sarapan berkhasiat yang telah lama berada di Malaysia. Tetapi biskut coklat bersaiz kecil, berbentuk coklat bar atau dikenali sebagai kiub tenaga Milo dan choco Milo ini hanya mula viral tahun lepas.

Apakah makanan viral kegemaran anda tahun 2017? Ataupun ada sesuatu yang menarik terjadi pada tahun lepas? Kami nak dengar semuanya.

Nyatakan momen 2017 terbaik anda di laman Facebook kami dan letakkan #MYThrowbaek2017.