Penampilan pelakon Nelydia Senrose sering mencuri tumpuan peminat, terutama para pengikutnya di Instagram.

Ramai di antara pengikut adik kepada pelakon Uqasha Senrose ini tertanya-tanya apa rahsia Nelydia kelihatan semakin cantik.

Ada juga yang berkongsi kerinduan mereka untuk melihat Nelydia di kaca televisyen dan sudah tidak sabar lagi untuk menonton drama terbaru lakonan pelakon cantik berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu.



Drama Lafazkan Kalimah Cintamu arahan Along Kamaludin terbitan SR One Sdn. Bhd. yang bakal menggantikan Coffee Prince ini akan disiarkan bermula 15 Januari ini di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) setiap Isnin – Khamis, 10 Malam.

Nelydia bakal bergandingan dengan pelakon popular seperti Farid Kamil, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Anne Abdullah dan ramai lagi.

Lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan tentang Tengku Aqilah (Nelydia Senrose) yang disisihkan oleh ayah kandungnya sendiri Tengku Hisham yang menganggap Tengku Aqilah punca kematian isterinya.


Tengku Aqilah

Tengku Natasha (Nadiyah Shahab) kakak kepada Tengku Aqilah yang juga anak kesayangan Tengku Hisham juga tidak pernah menyukai adiknya.

Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan dia pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian, tetapi kepulangannya itu membawa duka pada kehidupannya.

Kerana ingin menagih kasih ayahnya, Tengku Aqilah sanggup bekerja sebagai ‘Tea Lady’ di syarikat milik keluarganya.

Jawatan tersebut diberikan Tengku Natasha kepada adiknya dengan niat mahu memperlekehkan Tengku Aqilah.


Tengku Natasha (Nadiyah Shahab) kakak kepada Tengku Aqilah

Tengku Ryan Ameer (Farid Kamil) anak kepada Tengku Hashim merupakan seorang lelaki tampan berdarah kacukan Inggeris Melayu yang sombong dan angkuh.

Tengku Ryan Ameer tidak menyenangi kehadiran Tengku Aqilah, tetapi Tengku Hashim sangat menyayangi Tengku Aqilah yang juga merupakan anak saudaranya.

Sebelum Tengku Hashim meninggal, dia telah meninggalkan satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya.


Tengku Aqilah dan Tengku Ryan Ameer

Untuk mengetahui apakah kandungan wasiat itu dan berjayakah Tengku Aqilah diterima semula oleh bapanya, saksikan Lafazkan Kalimah Cintamu yang dibawakan oleh Flavettes Effervescent, Inspirasi kejelitaanmu dengan Glutathione dan Vitamin E.

Ketahui lebih lanjut tentang Flavettes Effervescent di https://www.facebook.com/FlavettesMalaysia/ dan http://bit.ly/2l2xEXi