Penyanyi MonoloQue akui kagum dengan bakat yang ada pada pemuzik jalanan atau ‘busker’ tempatan hari ini.
Menurut MonoloQue, bakat yang ada pada mereka itu tidak cukup jika pemuzik busker ini tidak diberi peluang untuk berada dalam industi.
“Secara realiti, saya lihat ramai pemuzik busker tempatan yang berbakat ada di negara ini.
"Cuma karya mereka ini kurang diketengahkan kepada tempat yang betul menyebabkan orang sukar mengetahui muzik yang ingin mereka perjuangkan.
"Jika diberi peluang yang sewajarnya, mereka mampu untuk bersaing dengan artis-artis yang berada dalam industri," katanya kepada Astro Gempak.
MonoloQue berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Filem Busker, di e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Tambah MonoloQue, dia bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi pengarah muzik dalam filem ini sekali gus memberi sesuatu terhadap kemajuan pemuzik busker tempatan.
“Selain mengarah muzik, saya juga berlakon dalam filem ini. Memang satu pengalaman yang mengujakan.
"Jangan lupa menyaksikan Busker kerana ia merupakan sebuah filem yang menarik untuk ditonton," ujarnya.
Selain MonoloQue, filem Busker turut dibintangi oleh Hafeez , Dayan , Trisha, Lia Natalia, Anas Ridzuan, Bulan dan Mas Khan.
Filem ini juga turut diserikan dengan beberapa penampilan khas seperti Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimet.
Filem arahan Syed Khairul Fariz ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 11 Januari 2018.
Rozaimi Zubaidi
Tue Jan 09 2018
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.