Anak tiri Abby Abadi, Danish Edry, 12, terlibat dengan kemalangan motorsikal di Kota Bharu, Kelantan.

Abby mengumumkan berita tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @abby_abadi112.

Danish merupakan anak kepada suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria menerusi perkahwinan sebelum ini.

"Makluman 6/1/2018. Sahabat-sahabat yang kami sayangi kerana Allah, kami nak ucapkan terima kasih kerana sudi membeli produk/gadget/tudung jualan kami. Sangat-sangat kami hargai. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

"Cumanya untuk kelmarin, semalam dan hari ini kami terpaksa tangguhkan dulu urusan jual beli yang terus dengan kami di Instagram, Facebook dan WhatsApp kerana saya dan Suami berada di Kota Bharu dari pagi semalam kerana anak suami yang bernama Danish Edry yang dijaga ibunya yang berumur 12 tahun ni accident motor.

"Agak teruk juga keadaannya. Mohon doa kalian ya agar anak ini cepat sembuh. #AllahUjiSebabSayang. Tak dapat nak share lebih sebab tak banyak maklumat. Sebarang pertanyaan boleh tanya terus pada suami saya. Sekian," tulis Abby.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar anak tiri Abby segera diberikan kesembuhan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Abby

MAKLUMAN 6/1/2018: . Sahabat2 yg kami sayangi kerana ALLAH, kami nak ucapkan terima kasih kerana sudi membeli produk/gadget/tudung jualan kami. Sangat2 kami hargai. Hanya ALLAH sahaja dpt membalasnya . Cumanya utk kelmarin, semalam & hari ini kami terpaksa tangguhkan dulu urusan jual beli yg terus dengan kami di IG, FB & di whatspp kerana Sy & Suami berada di Kota Bharu dari pagi semalam kerana anak suami yg bernama Danish Edry yg dijaga ibunya yg berumur 12 tahun ni accident motor. Agak teruk juga keadaannya. Mohon doa kalian ye agar anak ini cepat sembuh . #ALLAHujisebabsayang Tak dpt nk share lebih sbb tak byk maklumat. Sebarang pertanyaan buleh tanya terus pada suami sy. Sekian ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on