Nampaknya sekarang ini macam ‘trend’ pula ahli perniagaan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

Yang terbaru, selepas Datuk Seri Vida, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat, pelakon dan ahli perniagaan Datuk Boy Iman pula bakal muncul dengan single berjudul #MalasNakLayan.

Boy telah memuat naik mengenai perkara tersebut menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya, dua hari lalu.

Menerusi entri tersebut Boy memberitahu lagu tersebut dicipta khas selepas musibah yang menimpa dirinya dan ditujukan kepada semua penyokong termasuk ‘hatters’.

Single tersebut dicipta sepenuhnya Edry Kru dan diterbitkan oleh DBI Entertainment Sdn. Bhd.

Menurut Boy lagi, dia sudah tidak sabar untuk melancarkan lagu dan muzik video single sulungnya itu.

X sabar nak launch single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan.. Dibuat khas selepas berlakunya "musibah" pada diri saya. Untuk semua yg support dan haters saya. Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU. Lirik oleh Edry/DBI/Becky. Terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd. #dbientertainment #dbientertainmentsdnbhd #dbi #datoboyiman #datodrboyiman

A post shared by Dato' Dr Norul Iman A Rahman (@datodrboyiman_dbi) on