Aidid Marcello dan Shalma Ainaa, dua penyeri kaca Televisyen (TV) ini bukan sekadar hos yang bersandarkan atas dasar rupa semata-mata.

Bahkan Aidid dan Shalma ini bijak dan mempunyai personaliti menarik, bakat dan semangat luar biasa.

Mereka lebih daripada apa yang disangkan. Apa agaknya perkara yang dilakukan mereka dalam diam ya?

#1 Perniagaan

A post shared by SHALMA AINAA (@shalmaainaa) on


Aidid sanggup mengambil risiko meninggalkan kerjaya tetap dalam bidang pengacaraan yang telah dipelopori selama 15 tahun untuk membina production house sendiri yang diberi nama Mindquest Production tiga tahun lalu. Tidak dinafikan ketahanannya yang tinggi membawa kepada kejayaan hari ini.

Shalma atau lebih mesra dengan panggilan Shal pula sangat fokus dengan kerjayanya. Dia pernah mengemudi H!Live setelah bakatnya dalam bidang wartawan penyiaran dikesan oleh pengacara tersohor Malaysia, Datuk Aznil Hj Nawawi (Pak Nil) dan kini terlibat dalam Motif Viral.

Namun kesibukannya itu tidak sedikit pun menjejaskan graduan Fashion Management dari UK ini untuk menguruskan perniagaan fesyen di bawah jenama Shals KL bersama kakaknya.


#2 Rutin Kesihatan

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on


Bukan hanya perlu kelihatan cantik dan awet muda, tetapi kesihatan juga harus dipastikan berada di tahap optima. Shal #LebihDaripadaSekadarRupa merupakan pemain futsal tegar dan kerana minatnya dalam bidang sukan ini, dia pernah mewakili Selangor dalam SUKMA 2010. Aidid bukan sahaja kaki gimnasium tetapi turut menghasilkan beberapa program TV berbentuk sukan.

#3 Status?

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on


Shal berstatus isteri kepada penyanyi Wan Imar, penyanyi Pinggiran Syurga manakala Aidid pula, walaupun nampak muda tetapi dia merupakan bapa kepada empat orang cahaya mata. Terbukti status bukan penghalang untuk melangkah lebih jauh! Walau sesibuk mana pun, Aidid tetap meluangkan masa dengan anak-anak dan membawa mereka melakukan rutin kecergasan setiap minggu. #LebihDaripadaSeorangAyah.

#4 Pemakanan Sihat

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on


Selain makanan seimbang, lebih buah-buahan dan sayur-sayuran, Aidid pastikan harinya bermula dengan sarapan sihat seperti capati atau semangkuk oat. Paling penting, kedua mereka mengamalkan pengambilan susu setiap hari.

Anlene™ menyediakan 50% lebih nutrien*. Ia mengandungi kolagen, protein dan tinggi kalsium serta vitamin dan mineral penting. Dapatkan lebih kekuatan dan lebih ketahanan untuk capai lebih jauh setiap hari. Kerana Anlene #LebihDaripadaSekadarSusu.

Anda pun boleh jadi seperti mereka. Apa lagi alasan yang nak diberi? Jika mereka boleh, #KitaLebihLagi

*Susu Anlene mengandungi sekurang-kurangnya 50% lebih mineral (kalsium, magnesium & zink) dan

vitamin (vitamin B6 & D) daripada susu biasa yang ditambah dengan vitamin D1,2. Anlene yogurt
mengandungi kira-kira 70% lebih kalsium daripada yogurt biasa3
Berdasarkan rujukan Piawai Pangkalan Data Nutrien USDA untuk Rujukan Taraf:
  1. Berbanding dengan 100g susu tepung biasa
  2. Berbanding dengan 100ml susu biasa
  3. Berbanding dengan 100g yogurt biasa