Peminat penyanyi Haqiem Rusli 'patah hati' selepas penyanyi itu memuat naik gambar swafoto bersama pengacara MeleTOP, Neelofa di laman Instagram miliknya.

Foto yang dimuat naik sehari lalu mendapat perhatian peminat Haqiem di laman sosial.

"Lofa.. I’m 20 this year," tulis Haqiem di ruangan kapsyen bersama hashtag #MeleTOP.

Rata-rata peminat meninggalkan komen secara gurauan dengan mengatakan mereka 'patah hati' serta 'cemburu' selepas Haqiem memuat naik foto tersebut.



Ada juga peminat yang mengusik Haqiem dan menagatakan jejaka itu kelihatan secocok dengan Neelofa.

Tidak kurang juga ada pengikut laman Instagram Haqiem turut mendoakan agar penyanyi itu berjaya seperti Neelofa di bidang hiburan dan perniagaan.

Haqiem hadir menjadi tetamu undangan bersama Khai Bahar, Wany Hasrita dan Datuk AC Mizal di rancangan MeleTOP yang bersiaran pada Selasa lalu.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Lofa..i’m 20 this year #Meletop

A post shared by New Single “Jatuh Bangun” (@haqiemrusli98_) on