Kecoh kejap dunia hiburan apabila pelakon Fathia Latiff memuat naik foto tidak bertudung di laman Instagram miliknya, @fatiyalatiff.

Miss K yakin, itu foto lama sebelum bertudung, tak mungkin Fathia ‘cabut’ tudung selepas berhijrah sejak April 2016?

Terkejut Miss K bila ada peminat jahat yang melabelkan Fathia kafir gara-gara foto tersebut.

Sabar semua! Kan Fathia dah bagitahu itu gambar lama.

Takkan Fathia tergamak nak muat naik foto dia bertocang tu!

Lagipun Fathia dah letak hashtag #tbpost, maknanya throwback post kan, tak gitu Fathia?



Tapi yang menjadi tanda tanya, bila Shahrizan turut memuat naik foto serupa di laman Instagram miliknya.

Shahrizan turut menyertakan sekali hashtag #AllRed #tb.

Selepas foto itu menjadi kontroversi, kedua-duanya telah memadamkan foto tersebut.

Miss K cuba berfikiran baik, husnudzon orang kata, tapi semuanya goyah selepas Miss K dihubungi oleh rakan lama Miss K, Sheena.

“Kau rasa apa Miss K? Throwback masa free hair sebelum April 2016 ke atau throwback beberapa hari lepas?



“Dekat Instagram Shahrizan tu, ada posting ‘happy birthday to me’, tapi tarikhnya adalah pada 13 Disember yang lepas.

“Jadi kalau Fathia dan Shahrizan tulis hashtag gambar tu gambar throwback, maksudnya tu throwback beberapa hari lepas atau throwback beberapa tahun lepas?

“Hairan betul aku ni Miss K sebab posting Shahrizan memakai baju sama berwarna merah seperti dalam fotonya bersama Fathia adalah pada 4 hari lalu.





“Screen shot sebagai bahan bukti mesti kena ada Miss K. Takkanlah aku nak main tuduh dan serkap jarang je. Aku nampak, aku screen shot, aku tanya. Okay kan macam tu?” kata Sheena lagi.

Gitulah Sheena, bukan main lagi!

Selepas Miss K letak telefon, Miss K mula sangsi. Miss K memang tak dapat siasat kerana jawapan sebenar ada pada Fathia.

Mengambil jalan mudah, Miss K nak fikir positif je. Mungkin gambar tu memang gambar lama sebab Fathia ada perniagaan tudung Dara by Fathia Latiff, takkan dia tiba-tiba nak tanggalkan tudung kan?

Miss K: Sedar tak sedar 2017 hampir melabuhkan tirai. Apa azam baru anda?

Pssst...ada cerita menarik nak dikongsikan dengan Miss K, hantar e-mel ke [email protected]