Pelakon drama mini bersiri Mandatori, Siti Saleha akui bukan mudah untuk melakonkan babak yang melibatkan emosi.

Menurut Saleha, ada ketikanya dia perlu bersendirian untuk mengambil ‘mood’ dan memastikan dirinya menjiwai watak yang diberikan itu dengan baik.

“Kalau lakonan seperti biasa tidak mempunyai masalah cuma jika ada babak yang perlu bermain dengan emosi seperti sedih atau menagis saya perlu ambil masa.

“Selalunya saya akan bersendirian dan mengambil ‘mood’ sebelum memasuki set penggambaran.

“Untuk mendapatkan ‘mood’ itu bukan senang, saya tidak boleh orang kacau sebab itu saya pesan siap-siap kepada pengurus peribadi saya.

“Bukan apa, kadang-kadang dia akan datang dan bertanya sama ada saya okay atau perlukan apa-apa untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

“Jadi saya kata pada dia, jangan kacau. Saya tengah ambil ‘mood’ untuk jiwai watak,” katanya ketawa.

Tambah Saleha lagi, dia sememangnya mementingkan kualiti lakonan supaya penonton dapat merasai apa yang ingin disampaikan oleh karakter tersebut.

“Kalau perkara yang melibatkan lakonan, saya memang agak tegas. Sebab saya tidak mahu hanya sekadar belakon sahaja.

“Saya mahukan penonton juga turut sama merasai perasaan dan emosi karakter yang saya bawakan,” ujarnya.

Selain Saleha, pelakon lain yang turut terlibat dalam Mandatori adalah Aeril Zafrel, Iedil Putra dan Amerul Affendi.

Daripada penerbit ‘Tombiruo’, sebuah mini siri ‘crime thriller’. #Mandatori lakonan Aeril Zafrel, Siti Saleha & Iedil Putra. Untuk langganan di Astro First Eksklusif saluran 480 mulai 14 Disember 2017. Bukan biasa-biasa...

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Drama bersiri enam episod itu merupakan adaptasi novel terkenal Ramlee Awang Murshid dan telah pun disiarkan di Astro First Eksklusif (480) sejak 14 Disember lalu.

Dengan hanya RM19.10, penonton boleh menikmati kesemua enam episod dengan berulang kali dalam tempoh lima hari dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Mandatori boleh didapati menerusi platform digial On Demand.

Teks oleh: Mya Amri