Malam ini merupakan malam penentuan kepada enam bintang Gegar Vaganza (GV) 4, untuk merebut gelaran juara.

Mereka ialah Aishah, Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Aishah misalnya mempunyai rekod paling cemerlang apabila pernah mencatat markah tertinggi dalam sejarah pertandingan GV iaitu sebanyak 96%

Liza Hanim juga tidak kurang hebatnya kerana pernah menduduki tempat pertama dalam tiga konsert GV 4.

Jangan memandang rendah keupayaan Hazami yang vokalnya sentiasa ‘bersih’ dalam setiap persembahan dan pernah bergelar juara mingguan sebanyak dua kali.

Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian tiga bintang ‘underdog’ yang sering memberikan kejutan setiap minggu dalam persembahan masing-masing.

Ketua juri, Datuk Ramli MS pernah berpesan supaya tidak memandang rendah tiga peserta lelaki ini kerana mereka boleh menggugat kedudukan yang lain.

Siapa yang anda ramalkan bakal bergelar juara GV 4 malam ini? Sama-sama kita nantikan gegarannya dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios bermula pukul 9 malam yang bakal ditayangkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123)

Ini hadiah yang bakal dibawa pulang bintang GV 4 malam nanti:

JUARA

1. RM100,000.00 tunai sumbangan Astro dan Qu Puteh

2. Sebidang lot Tanah banglo sumbangan Bina Megan Empire

3. Pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com

4. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

5. Baucer membeli belah bernilai RM6000.00 sumbangan Go Shop

6. Piala Gegar Vaganza


NAIB JUARA

1. RM 50,000.00 tunai sumbangan Astro dan Qu Puteh

2. Sebidang Lot Tanah Banglo sumbangan Bina Megan Empire

3. Pakej percutian ke Turki sumbangan selamatbercuti.com

4. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

5. Baucer membeli belah bernilai RM5000.00 sumbangan Go Shop

6. Piala Gegar Vaganza


TEMPAT KETIGA

1. RM 30,000.00 tunai sumbangan Astro

2. Sebidang Lot Tanah Banglo sumbangan Bina Megan Empire

3. Pakej percutian ke Boracay sumbangan selamatbercuti.com

4. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

5. Baucer membeli belah bernilai RM4000.00 sumbangan Go Shop

6. Piala sumbangan Astro


TEMPAT KEEMPAT

1. RM 20,000.00 tunai sumbangan Astro

2. Pakej percutian ke Jogjakarta sumbangan selamatbercuti.com

3. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

4. Baucer membeli belah bernilai RM3000.00 sumbangan Go Shop

5. Piala Gegar Vaganza


TEMPAT KELIMA

1. RM 15,000.00 tunai sumbangan Astro

2. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

3. Baucer membeli belah bernilai RM2000.00 sumbangan Go Shop

4. Piala Gegar Vaganza



TEMPAT KEENAM

1. RM 10,000.00 tunai sumbangan Astro

2. Barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry

3. Baucer membeli belah bernilai RM1000.00 sumbangan Go Shop

4. Piala Gegar Vaganza


Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.


Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999