Aktres terkenal Bollywood, Anushka Sharma selamat mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Virat Kohli.

Tanggal 11 Disember 2017 mencatatkan memori manis buat mereka apabila disatukan di Italy.

Perkahwinan Anushka dan Virat yang berlangsung dengan meriah ini sangat disenangi oleh ramai pihak.

Hubungan aktres filem Jab Tak Hai Jaan dan kapten pasukan kriket India ini menjadi perhatian peminat mereka di seluruh dunia.

Astro Gempak menceritakan secara ringkas perjalanan cinta Anushka dan Virat:

Mereka mula bertemu di lokasi penggambaran iklan televisyen pada 2013. Semenjak berkenalan, mereka bersahabat baik dan sering dilihat keluar bersama. Ketika itu, gosip mereka mula menjalinkan hubungan mula bertebaran.

Selepas dikhabarkan bercinta, pasangan ini mula membuat kemunculan bersama di khalayak ramai ketika perlawanan bola sepak Indian Super League pada 2014.

Sering menyembunyikan kemesraan, Virat akhirnya menunjukkan kemesraannya terhadap Anushka ketika mereka menonton salah sebuah perlawanan.

Semenjak itu, pasangan sama cantik sama padan ini dikenali sebagai #Virushka. Namun begitu, hubungan yang terjalin menyebabkan mereka menerima beberapa impak yang kurang disenangi.

Anushka sering menjadi mangsa apabila persembahan Virat di padang kriket tidak memuaskan.

Kehidupan peribadi Anushka juga terganggu apabila ramai pihak ingin mengetahui cerita percintaan mereka berbanding kerjaya Anushka sebagai seorang aktres.

Virat juga sering meluahkan rasa kurang senangnya dengan situasi itu di laman sosial.

Selepas itu, hubungan mereka sering didakwan berantakan kerana masing-masing ingin menumpukan fokus terhadap kerjaya.

Namun begitu, dakwaan tersebut terhapus apabila pasangan ini muncul mesra di acara karpet merah majlis hiburan di India.

Kini, mereka menoktahkan hubungan yang terjalin di jenjang pelamin dan secara rasminya bergelar suami isteri.

Tahniah diucapkan kepada pasagan #Virushka dan semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat!

Foto: Bollywoodlife, Indian Express, Times Now, Instagram Anushka & Virat

Today we have promised each other to be bound in love forever. We are truly blessed to share the news with you. This beautiful day will be made more special with the love and support of our family of fans & well wishers. Thank you for being such an important part of our journey.

A post shared by AnushkaSharma1588 (@anushkasharma) on

Today we have promised each other to be bound in love for ever. We are truly blessed to share the news with you.This beautiful day will be made more special with the love and support of our family of fans & well wishers. Thank you for being such an important part of our journey.

A post shared by Virat Kohli (@virat.kohli) on