Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tidak terasa hati dengan pengakuan yang dibuat oleh bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana yang menafikan dirinya menggunakan produk Pamoga.

DSV yang merupakan pengasas produk tersebut serta penaja GV4 turut memohon maaf jika kata-kata yang terbit dari mulutnya membuatkan Elyana terasa hati.

"Ketika di pentas GV4 serta di sesi Instagram Live saya selepas dia tersingkir dari GV4, Elyana mengakui dia menggunakan Pamoga.

"Selepas itu, timbul pula video pengakuan Elyana yang disiarkan menerusi sesi Instagram Live miliknya yang menafikan dia menggunakan produk tersebut. Sebelum ini dia hanya mahu menjaga hati saya.

"Saya sendiri belum melihat video tersebut. Sejujurnya, saya tidak terasa hati. Jika dia benar-benar tidak menggunakan produk saya, saya tidak terasa hati.

"Jika dia tak minum produk saya pun, tak mengapa. Saya juga ingin memohon maaf jika kata-kata saya ada melukakan hati Elyana. Saya memahami keadaan Elyana dan mendoakan agar dia segera sembuh," kata DSV.

Tambah DSV, dia juga tiada niat untuk menyindir Elyana ketika mengajukan soalan kepada Aishah di pentas separuh akhir GV4.

"Saya tak menyindir Elyana atau perli sesiapa. Saya hanya bertanyakan kepada Aishah, adakah dia menggunakan produk saya. Itu sahaja.

"Sebagai pengasas produk, saya cuma mahukan kepastian daripada Aishah dan mahu maklum balas pengguna yang mengamalkan produk saya," katanya lagi.

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Elyana & DSV