Cuba bayangkan bagaimana situasi sekiranya bapa mertua dan bekas bapa mertua hadir untuk menyambut hari perayaan dengan tinggal bersama dalam sebuah rumah?

Lebih teruk lagi jika mereka berdua mempunyai gaya dan juga personaliti yang amat berbeza.

Sudah pasti sambutan hari perayaan itu akan menjadi huru-hara dengan pelbagai karenah dan ragam daripada mereka.

Situasi lucu itulah yang digarapkan oleh pengarah Sean Anders menerusi filem Daddy’s Home 2.

Tak percaya? Kami senaraikan lima sebab perlu tonton Daddy’s Home 2

Pelakon hebat!

Tidak dinafikan pemilihan pelakon merupakan antara perkara penting yang perlu diambil kira untuk menentukan kejayaan sesebuah filem.

Untuk Daddy’s Home 2, lihat sahaja nama pelakonnya, Will Farrell, Mark Wahlberg dan Mell Gibson sudah pasti dapat membayangkan kehebatan lakonan mereka.

Bukan nak cakap apalah, ramai yang berpuas hati watak kelakar yang diberikan kepada mereka.

Bukan sambutan malam krismas yang tipikal

Ini memang win! Bayangkan bagaimana si anak mahu mengendalikan perangai suami, bekas suami, bapa mertua dan bekas bapa mertua dalam satu rumah yang sama!

Jika anda bayangkan hanya duduk semeja sambil berbual dan makan bersama-sama ternyata tanggapan anda salah!

Dalam Daddy’s Home 2 pelbagai kejadian lucu berlaku sepanjang mereka bersama. Serius huru-hara!

Comeback Mark Wahlberg dan Will Farrell

Jika sebelum ini anda telah menyaksikan gabungan dua pelakon hebat ini menerusi filem Daddy’s Home yang pertama, kali ini mereka kembali dengan lakonan yang lebih lucu.

Tiada pelakon lain yang lebih sesuai untuk melakokan watak seorang bapa yang ‘cool’, kelam-kabut dan lucu melainkan mereka berdua.

Keserasian? Oh tidak perlu diperkatakan lagi, tonton sahaja filem itu anda pasti faham maksud kami.

Lawak-lawak juga, nilai murni tetap ada

Tidak hanya memasukkan elemen komedi semata-mata, filem ini juga turut menerapkan beberapa nilai murni dan kekeluargaan yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.

Sebagai contoh keakraban antara hubungan ayah dengan anak juga cucu-cucunya.

Filem terbaik untuk ‘chill’ bersama keluarga

Jika anda memikirkan aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga hujung minggu ini, apa kata bawa mereka menonton filem Daddy’s Home 2.

Pasti tidak menyesal! Bila lagi nak ‘chill’ satu family sambil menonton filem lucu yang gerenti buat korang tak kering gusi.

Daddy’s Home 2 telah pun ditanyangkan dipawagam sejak 30 November lalu.



Sinopsis:

Mengisahkan tentang perancangan Dusty bersama bakas suami isterinya, Brad untuk menjadikan perayaan Krismas anak-anak mereka sempurna.

Perancangan mereka itu juga turut dibantu oleh kedua-dua bapa mereka yang sama sekali mempunyai personaliti yang berlainan.

Bagaimanapun, keempat-empat lelaki itu telah menukar rancangan mereka untuk membawa anak-anak mereka untuk merasai percutian di sebuah resort mewah.

Sepanjang percutian mereka itulah pelbagai ragam dan juga peristiwa lucu berlaku.

Sumber / Foto: Cineplex