Konsert separuh akhir GegarVaganza 4 (GV4) berakhir apabila Syura diumumkan sebagai bintang keenam yang tersingkir.

Dengan tema ‘Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut Bunyi’, tujuh bintang GV4 menyampaikan lagu tugasan masing-masing dengan penuh semangat.

Hazami yang menyampaikan lagu ‘Hello' dan 'Getaran' mengungguli tempat teratas dengan markah sebanyak 70.55%

Manakala Syura menduduki tangga terakhir dengan peratusan markah sebanyak 58.10%.

Untuk konsert ketujuh ini juga, Aishah yang menyampaikan lagu ‘Keranamu Kekasih’ dan 'River Deep Mountain High' dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan menerima ‘like’ paling banyak di akaun Instagram Datuk Vida yang juga merupakan penaja GV4.

Selain Aishah, Lan juga turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000 serta diberi pilihan untuk menentukan giliran persembahannya minggu ini.

Dalam pada itu, kesemua bintang GV4 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Wah Idirs dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Di bawah merupakan ‘recap’ komen-komen dan juga persembahan bintang GV4:

BACA: INI FINALIS & MARKAH PENUH GEGAR VAGANZA 4

Lan - Kalis Rindu

"Anda banyak 'merayau', mungkin kerana gementar. Hujung-hujung lagu cantik, kamu ada gaya tersendiri" - Datuk Ramli MS

Aishah - Keranamu Kekasih

"Lagu ini lebih kepada penghayatan menyanyi. Pernafasan anda okey cuma saya harapkan lebih kreativiti, improvisasi dan ekspresi" - Hetty Koes Endang

Tia - Hukum Karma

"Anda buat persembahan berlainan dan saya rasakan pilihan muzik memang tepat dan rancak. Persembahan anda menghiburkan" - Datuk Wah Idris

Hazami - Hello

"Melodi anda paparkan sangat indah cuma saya kurang dengar 'whispering'. Secara keseluruhannya maju terus" - Datuk Tarmimi Siregar

Syura - Dokter Cinta

"'Angin' anda banyak hilang pada bahagian korus dan notasi anda banyak 'flat'. Dangdut pun banyak kurang, mungkin kurang tenaga" - Datuk Ramli MS

Firman - I Feel Good

"Lagu ini sangat popular dan ramai sudah tahu karakter penyanyi asal tetapi kamu ada karakter yang berbeza, persembahan pentas dan kreativiti okey tetapi saya tidak gemar bahagian anda cantumkan dengan lagu Sunda" - Hetty Koes Endang

Liza Hanim - Jagalah Diri

"Suara anda seperti burung putih terbang di udara dan flawless! Kemerduan dan pemakaian anda seperti Malaysian's Cinderella. Saya hampir menangis. Saya nampak penghayatan anda, kawalan suara, sebutan dan kreativiti anda. Anda seorang penyanyi sofistikated! - Datuk Wah Idris

Lan - Ukiran Jiwa

"Lagu rock memang forte anda. Anda tidak melantai tetapi ada gelombang. Anda akan terus maju" - Ahmad Tarmimi Siregar

Aishah - River Deep Mountain High

"Saya pernah kata saya patut 'bow' pada anda, di pentas anda hanya mahu menyanyi tanpa pedulikan imej, nama besar atau kemenangan. Anda orang seni tulen! Saya berikan tiket untuk ke final" - Datuk Ramli MS

Tia - Isabella

"Lagu ini sangat popular di Malaysia dan Indonesia. Penghayatan dapat, kreativiti dapat sebab keluar daripada penyanyi asal. Kamu memang rockstar!" - Hetty Koes Endang

Hazami - Getaran

"Walau rentak lagu ini ada groove, relaks dan santai tetapi ada bahagian tertentu yang kurang enak didengar. Tetapi anda ada kualiti suara yang bagus. Pemilihan, konsep dan idea lagu perlu tepat" - Datuk Wah Idris

"Intro sangat maskulin, suara masuk terus patah" - Datuk Ramli MS

Syura - Cinta Antara Benua

"Lagu kedua adalah forte anda dan lebih baik daripada lagu pertama, tetapi apabila anda terlalu mengawal pendengar tidak dapat menghayati nyanyian anda sepenuhnya" - Datuk Ahmad Tarmimi Siregar

Firman - Menanti Sebuah Jawaban

"Untuk menjadi penyanyi yang bagus, kamu perlu ada instrumen dan melodi yang konsisten. Kamu ada jiwa dan karakter." - Datuk Ramli MS

Liza Hanim - Kesal

"Kuasa konsistensi, penghayatan, persembahan pentas anda okey cuma ada masalah daripada segi sebutan dan fokus. Anda penyanyi serba boleh tetapi mesti sentiasa merendah diri" - Hetty Koes Endang

Konsert akhir GV4 bakal bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Teks oleh: Amri Hassan