Konsert minggu keenam GegarVaganza 4 (GV4) berakhir apabila Aqasha diumumkan sebagai bintang kelima yang tersingkir.

Dengan tema ‘Jangan Kata Tak Tahu’, lapan bintang GV4 menyampaikan lagu tugasan masing-masing dengan penuh semangat.

Liza Hanim yang menyampaikan lagu ‘Warkah Untukmu’ mengungguli tempat teratas dengan markah sebanyak 76.1%.

Manakala Aqasha menduduki tangga terakhir dengan peratusan markah sebanyak 43.8%.

Untuk konsert keenam ini juga, Aishah yang menyampaikan lagu ‘Tergantung Sepi’ dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan menerima ‘like’ paling banyak di akaun Instagram Datuk Vida yang juga merupakan penaja GV4.

Selain Aishah, Liza Hanim juga turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000 serta diberi pilihan untuk menentukan giliran persembahannya minggu ini.

Dalam pada itu, kesemua bintang GV4 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk AC Mizal dan Datuk Mokhzani Ismail.

Di bawah merupakan ‘recap’ komen-komen dan juga persembahan bintang GV4:

BACA: TUJUH BINTANG MARA KE MINGGU SEPARUH AKHIR, INI SENARAI MARKAH PENUH

Syura - Kau Tetap Dalam Anganku


"Nyanyian anda okey, alunan lagu pun ok, jiwa anda lembut manis. Tetapi anda sepatutnya diberikan lagu lebih mencabar dan bersifat konsert. Kali ini biasa-biasa saja" - Datuk Ramli MS

Tia - Bayang


"Anda punyai sosok penyanyi rock yang baik dan cerdik sekali. Beri sahaja apa-apa lagu sekali pun anda akan mencipta kreativiti dan dinamik yang indah" - Hetty Koes Endang

Liza Hanim - Warkah Untukku


"Secara teknikalnya anda memang penyanyi yang konsisten dari dahulu lagi. Pitching, penghayatan dan percubaan terbaik malam ini" - Datuk Mokhzani

Lan - Pahit Akan Manis Akhirnya


"Ada ada usaha untuk bangun berdiri walaupun sedang sakit. Pitching dan tempo pun bagus" - Datuk AC Mizal

Aqasha - That's Why You Go Away


"Apa masalah awak? Maaf saya tidak boleh komen lanjut. Terima kasih" - Datuk Ramli MS

"Minggu lepas lebih baik daripada minggu ini" - Hetty Koes Endang


Aishah - Tergantung Sepi


"Pada mulanya saya ragu-ragu mungkin lagu ini kurang sesuai untuk anda namun anda buktikan saya salah! Nada tinggi anda nombor satu namun anda harus fokus pada nada rendah juga" - Hetty Koes Endang

Firman - Terakhir


"Orang akan banding-bandingkan dengan penyanyi asal namun anda berjaya mendalami melodi lagu uni dan faham struktur lagu untuk menyanyikan dalam gaya sendiri " - Datuk Mokhzani

Hazami - Jampi


"Suara anda tidak perlu dipertikaikan kerana anda antara penyanyi lelaki terbaik di Malaysia! Teknik nyanyian sempurna dan anda telah lakukan yang terbaik" - Datuk AC Mizal

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Sementara itu, dapatkan tiket akhir GV4 secara online di www.ticketpro.com.my. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Teks oleh: Amri Hassan