Seorang wanita bernama Sahar Tabar dari Iran mula tular di media sosial apabila dikatakan sanggup menjalani lebih daripada 50 pembedahan untuk menyerupai wajah Angelina Jolie.

Menurut Sahar, dia begitu obses dengan Angelina Jolie dan sanggup lakukan apa sahaja untuk memiliki wajah cantik seperti idolanya itu.

Menerusi sebuah entri di Facebook, Rizal Hakim, telah berkongsi beberapa keping gambar Sahar sebelum dan selepas menjalani pembedahan.

Rata-rata pengikut mengakui terkejut dengan perubahan yang terjadi dan menggelarkan Sahar sebagai zombie serta mengkritik tindakan luar kawalannya itu.

@Mas Tura: 'Dia ingat dia cantik? Cantik lagi yang asal. Kenapa dia lakukan perkara seperti ini. Dah nampak macam mayat hidup.

@Wan Saad: 'Itulah manusia yang tidak reti bersyukur dengan anugerah yang diberikan.

@Terdaus: 'Aganya apa yang dia ini fikir. Kalau cantik tak mengapa tapi ini aku lihat lagi teruk ja daripada Angelina Jolie.

@Mia Nina: 'Sayang sangat wajah dia yang sebelum ini dah cantik dah dari angelina jolie. tapi kenapa kena ubah lagi serupa macam hantu ada la.

@Zakyrie: 'Inilaa jadinye kalau sana sini nak operate la ape la da jadi cam hantuu hidup. Tak bersyukur dengan ape yang ada.


Berikut merupakan gambar perubahan Sahar Tabar: