18 kumpulan tarian daripada 12 buah negara berentap untuk merebut gelaran juara Asian Battleground 2017.

ECX dan Eagle Ace menjadi dua finalis yang bakal bersaing dengan 11 kumpulan penari lain pada peringkat akhir 2 Disember nanti.

Kedua-dua wakil Malaysia itu bakal berdepan dengan juara kelas dunia, Desi Hoppers (India) dan Zeroback (Korea).

Selain itu, pusinga akhir akan turut disertai kumpulan ArtGee, The Bips (Korea), Scrach Marcs (Singapura), Nocturnal (Filipina), Zero Four Dance Crew, Taiwan Waackers (Taiwan), Last Minutes Street Crew (Indonesia) dan MBS (Jepun).



Bersama-sama kita berikan sokongan buat dua pasukan wakil Malaysia untuk Asia Battleground 2017.

Jadi, kami kongsikan lima perkara menarik tentang kumpulan ECX.

1. ECX ringkasan untuk Elecoldxhot

ECX merupakan nama yang diringkankan secara akronim daripada nama asal kumpulan tarian jalanan Elecoldxhot.

Elecoldxhot adalah kombinasi Electric, Cold dan Hot.

Cold dan Hot mewakili stail tarian mereka yang memberikan visual kepada audiens untuk merasai teruja seperti menaiki roller coaster.

2. Sudah 10 tahun

ECX ditubuhkan pada tahun 2007 yang mengumpulkan penari seluruh negara dengan niat untuk menjadikan bidang tarian sebahagian daripada gaya hidup sihat.

"Kami mula bertapak dengan tarian Popping & Animation tetapi oleh kerana kecintaan untuk meneroka bidang lebih luas, kami mendapatkan khidmat koreografer daripada pelbagai bidang tarian lain," jelas anggota kumpulan ECX.

It's Morphin time !!! Go Go Power Rangers ❤️???? Who missed the Mighty Morphin Power Ranger Era!?!? #powerrangers #bandai #childhoodsuperhero #elecoldxhot #iphonegraphy #instalikes #instagood #instahero #GoGoPowerRangers #morphintime #redranger #yellowranger #blackranger #blueranger #pinkranger

A post shared by Elecoldxhot (@therealecx) on


3. Lebih 30 kali juara

ECX sudah menyertai pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa dan telah memenangi lebih 30 kali pertandingan tarian.

Antaranya 8TV Showdown 2011 & 2013, World Of Dance 2014, World Supremacy Battleground 2011, The Library Got Talent or Not 2010, Groove In The West 2009 dan banyak lagi.

4. Hanya lelaki

Anggota kumpulan ECX hanya terdiri daripada lelaki sahaja.

Biarpun anggota kumpulan ECX sering bersilih ganti, ECX biasanya muncul di pentas dengan anggota sekurang-kurangnya lima orang.

The family Is growing. #Elecoldxhot #ESquad

A post shared by Elecoldxhot (@therealecx) on



5. @therealecx akaun media sosial rasmi ECX

ECX yang menggunakan nama @therealecx mempunyai lebih 8,000 pengikut di Instagram.

Selain Instagram, ECX juga mempunyai pengikut di Facebook @elecoldxhot.

Semua perkembangan terkini akan dikemas kini di media sosial terbabit termasuk perjalanan sepanjang Asia Battleground 2017.



Pusingan akhir Asia Battleground 2017 akan berlangsung pada pukul 8.39 malam, 2 Disember 2017 secara langsung dari Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Malah, pertandingan itu boleh diakses secara langsung menerusi NJOI Now dan laman web rasmi www.asiabattleground.com.

Teks oleh: Amri Hassan