Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Aqasha mendedahkan dia lebih kerap dan selesa berlatih menyanyi dan menari di rumah terutama depan anak-anaknya Alehandra Ahmad, 6, dan Alaena Ayesha, 5, setiap minggu.
Kata Aqasha, anak perempuannya paling banyak mengkritik dan memberikan semangat termasuk menemaninya berlatih setiap kali menjelang hari konsert.
"Anak-anak saya enjoy tengok Daddy mereka di atas pentas. Merekalah paling teruja melihat saya beraksi setiap minggu.
"Malah, saya lebih banyak membiasakan diri menari di hadapan anak-anak saya di rumah dan bertanyakan pandangan mereka.
"Mungkin mereka pun ada sudut pandangan seni tersendiri," katanya kepada Astro Gempak.
Aqasha memberitahu kebanyakan sesi latihannya dilakukan di rumah dan masih berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan pelbagai rangka promosi lain GV4.
"Kebanyakan latihan nyanyian dan tarian saya di rumah. Jadi waktu bersama keluarga tidak terjejas pun.
"Cuma, mungkin waktu berkualiti itu sedikit kurang. Itu bukan alasan untuk saya membahagikan masa dengan baik untuk keluarga dan kerjaya saya," kata Aqasha.
Aqasha bakal menyanyikan lagu Juwita (Datuk M. Nasir) sempena minggu kelima konsert GV4 bertemakan Kaum Kerabat.
GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV 4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @theaqasha
Amri Hassan
Thu Nov 23 2017
AJIB RASA TERCABAR DENGAN JOHAN | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 3
Siapa pulak Johan ni? Dah lah tiba-tiba muncul, lepas tu suka hati je panggil Naziah tu sayang. Agak-agak ke tak plan Ajib nak pikat hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Dituduh Bongkak Sebab Pertikai Bayaran RM500 Sehari, Ini Respons Azlee Senario
Azlee Senario enggan mengambil pusing mengenai kata-kata kurang manis yang dilemparkan kepada dirinya.
Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”
Dina rindu arwah bapa.
Dune: Part Two - Sewa & Menang di Astro First!
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Fall Guy
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Semoga cepat sembuh
Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.