Bintang GegarVaganza 4 (GV 4) Lan Kristal tidak berkecil hati dengan kritikan yang diberikan oleh juri tetap, Datuk Ramli MS (Tok Ram) terhadap persembahan duetnya bersama juara GV 2 Siti Nordiana.

Lan berkata, dia menerima teguran itu secara positif dan secara tidak langsung memberikan semangat untuk memperbaiki mutu persembahannya.

“Seperti yang semua orang tahu cara Tok Ram bergurau itu memang ‘unlimited’ dan kami juga sudah seperti keluarga.

“Boleh dikatakan saya ini ibarat anak murid Tok Ram, teguran memang akan sentiasa ada.

“Bagi saya juri memang ada hak untuk menilai persembahan setiap peserta dan saya ambil teguran itu dengan hati yang terbuka.

“Tidak ada rasa kecil hati dengan Tok Ram, itu benda bagus. Kalau tak boleh terima teguran bagaimana mahu perbaiki persembahan seterusnya,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: DIKRITIK NYANYI ACUH TAK ACUH, SITI NORDIANA BERI PENJELASAN

Dalam pada itu, Lan juga turut mengucapkan terima kasih kepada Siti Nordiana kerana memberikan persembahan terbaik.

“Saya nampak kesungguhan Nana sejak awal pembabitannya dengan konsert keempat ini dan terharu kerana dia sanggup tolak tawaran ‘show’ semata-mata untuk membantu saya.

“Saya juga tahu dia memang telah memberikan persembahan terbaik pada malam tersebut.

“Dari segi keserasian kami tidak mempunyai masalah cuma daripada segi lagu mungkin ‘range’ itu agak rendah untuk Nana dan Tok Ram jugalah yang banyak membantu kami,” jelasnya.



Lan dan Siti Nordiana telah menyampaikan sebuah lagu duet berjudul Naluri Cinta nyanyian asal Datuk Rohana Jalil dan To’ki.

BACA: GV4 ‘RECAP’ KOMEN JURI & PERSEMBAHAN MALAM KONSERT KEEMPAT

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV 4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Foto: Instagram Lan Kristal / Siti Nordiana

Teks oleh: Mya Amri