Selepas diijabkabulkan pada 17 November lalu, pasangan Izara Aisah dan Adib Khalid diraikan dalam satu majlis resepsi semalam.
Majlis yang cukup indah dan meriah itu diadakan di Hotel Mandrin Oriental, Kuala Lumpur.
Izara sekali lagi memukau tetamu dan peminat dengan penampilannya yang cantik bak bidadari.
Busana pengantin berona putih dengan percikkan warna silver dibahu dan gaun yang meleret itu direka khas oleh pereka fesyen Rizman Ruzaini.
Tidak memakai sebarang veil sebaliknya hanya mengenakan mahkota yang ringkas di kepalanya, gayanya sangat cantik dan sempurna disamping Adib yang turut memakai sut putih.
Selain kejelitaan wajah Izara, ramai turut terpesona dengan hiasan pelamin keseluruhannya yang tampak mewah.
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk K selaku ahli keluarga serta beberapa orang tetamu kenamaan seperti Nurul Zahid dan suami.
Selebriti yang turut hadir seperti Neelofa dan Farah Nabilah dan ramai lagi.
Berikut merupakan foto yang dikongsikan menggunakan hashtag #Adibizara sempena majlis tersebut:
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di