Baru-baru ini bintang Gegar Vaganza 4 (GV 4), Aishah, telah berkongsi sebuah video kucing kesayangannya, Bambam menonton persembahan konsert pertamanya.

Video tersebut dirakam oleh ahli keluarga penyanyi tersebut yang menonton konsert di rumah dan menariknya, Bambam kelihatan seperti sedang memberikan sokongan padu ketika Aishah sedang menyanyikan lagu Janji Manismu.

Bambam memanjat kabinet televisyen dan menyentuh skrin sebaik sahaja konsert GV 4 bermula.



Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan gelagat Bambam.

Ketika ditanya tentang perkara tersebut, Aishah berkata, gelagat Bambam sering mencuit hatinya.

“Ketika tengok video tersebut, saya pun tak sangka yang Bambam akan panjat kabinet TV dan ‘sokong’ saya menyanyi. Bambam buat saya tersenyum seorang diri,” katanya kepada Astro Gempak.



Tambah Aishah lagi, dia mula memelihara Bambam sejak kecil dan kini kucing kesayangannya itu sudahpun berusia dua tahun.

“Saya ambil Bambam di kampung kerana waktu itu tiada orang nak jaga dia. Saya sebenarnya alah pada kucing tapi demi Bambam saya ambil ubat.

“Sejak saya pelihara Bambam, saya sentiasa pastikan Bambam makan makanan berkhasiat kerana bagi saya pemakanan sihat sangat penting untuk perkembangan Bambam.

“Bambam suka makan dan selalunya dia akan alert bila dengar saya ambil makanan dia,” ujarnya.

Nak kucing sepintar Bambam? Berikan si comel anda makan makanan yang berkhasiat seperti Powercat, kerana selain halal ia juga didatangkan dalam kualiti premium dan menyihatkan!



Powercat juga menggunakan ikan segar, tanpa pengawet, tanpa pewarna, penuh dengan khasiat serta vitamin dan yang paling penting ia produk keluaran bumiputera.

Maklumat lanjut mengenai Powercat, layari http://powercat.my/

Dalam pada itu, di GV 4 Aishah antara bintang yang paling konsisten dengan persembahannya pada setiap minggu.

Malam ini, dalam konsert bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ Aishah akan berduet dengan Sam Innuendo menyanyikan lagu Ceritera Cinta.