Pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim, memaklumkan gaya persalinan pernikahan yang direka untuk Izara Aishah bukan sesuatu yang mudah untuk dihasilkan.

Kata Rizalman, persalinan dengan tema future classic itu diilhamkan selepas berbulan mencari idea dari pelbagai sumber, dari seluruh dunia.

Ia sekaligus menjawab kritikan netizen berhubung pakaian yang dipakai Izara dalam majlis pernikahannya yang berlangsung baru-baru ini.

Melalui laman sosial, netizen yang tidak berpuas hati melemparkan kritikan terhadap pakaian yang digayakan Izara, biarpun ia dilihat sopan dan tidak mendedahkan.

Antara yang menjadi perbualan adalah fesyen kerudung atau veil yang dikatakan pelik.

Malah netizen tidak teragak-agak menyamakannya dengan 'roti tisu'.

Portal mStar pula melaporkan, Rizalman tidak kisah dengan kritikan yang dilemparkan kerana apa yang penting, pengantin menyukai rekaan yang dihasilkannya.

"Kerudung itu adalah ilham daripada songket keras yang digunakan zaman Diraja dahulu.

"Biasalah, apabila bercakap tentang fesyen, bukan semua orang akan suka dengan apa yang kita gayakan," kata Rizalman seperti yang dipetik dari portal berkenaan.

Jumaat lalu, Izara, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu majlis yang berlangsung di Damansara.

Sumber: Astro Awani

To my adik @izaraaishahofficial ... I travelled the world to find inspirations for your wedding, reading and finding those historic silhouette as early as early 18th centuries frm abroad and local, from museums to palaces.. Sourcing the material and implementing the new couture technics, hours of labors were needed to finish this masterpiece... attended various theatres in overseas to watch and learn the staging and lighting effects in order to create those ‘nikah and drama’ elements...when u menangis on my shoulder last night thanking me on everything , i baru teringat you used to say this.. ‘cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat wedding cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat wedding Rizalman #rizalmanbrides

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Sopan Couture / Future Classic

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on