Pelakon cantik Izara Aishah, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Ustaz Mohd Jazlan Ali.

Pada majlis yang diadakan di sebuah lokasi perkahwinan di Damansara itu, Izara menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Wang hantaran pula dirahsiakan. Sementara itu, Izara membalas dengan tujuh dulang.

Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun.

Pasangan ini turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan sesuai acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.

Busana kedua mempelai mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal Dato’ Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib. Tatarias pula oleh Khir Khalid.

Antara rakan artis yang hadir seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

I Z A R A #adibizara • WEARING @rizalman71 MAKEUP by hanya @khirkhalid JEWELRY @habibjewelsofficial • HAIRDO for @izaraaishahofficial ❤️

A post shared by Fulltime session stylist ??? ? (@ckayliow) on

I Z A R A #adibizara • WEARING @rizalman71 MAKEUP by hanya @khirkhalid • HAIRDO for @izaraaishahofficial ❤️

A post shared by Fulltime session stylist ??? ? (@ckayliow) on

“Perkahwinan itu bukan hanya sunnah malah ianya satu ibadah” - Ustaz berkhutbah. Aminnnnn. #adibizara

A post shared by ghaz abu bakar (@ghazabubakar) on

Subhanallah.... u look so beautiful My Love.... Never imagine i will be part of your historic romantic event. Thank you for having me and my family. Be good and be a responsible wife to your husband. May your Love and Marriage lasts till Jannah.... Congrats My Love @izaraaishahofficial ... #adibizara

A post shared by FazlinaAhmadDaud (@fazlinaahmaddaud) on

Dulang bois 2.0 . . . #adibizara #wedding #dulangbois #izaraaisyah #adibkhalid #congrats

A post shared by Amirul Luiz (@mirul_luiz) on