Filem: Justice League
Pelakon: Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa, Ray Fisher
Pengarah: Zack Snyder
Bintang: ****

Justice League menamatkan kemarau filem siri DC Extended Universe (DCEU) selepas kali terakhir peminat dikecewakan dengan filem Batman Vs Superman: Dawn Of Justice dua tahun lalu.

Peminat barangkali tidak meletakkan ekspektasi terlalu tinggi terhadap naskhah Justice League yang sudah mula ditayangkan di pawagam sejak semalam.

Namun, seperkara yang harus diakui, filem arahan Zack Snyder itu merupakan sebuah naskhah yang hebat!

Tidak klise, ada elemen komedi, aksi dan drama yang yang lengkap.



Jadi, jika filem adiwira Spiderman: Homecoming pernah diletakkan sebagai filem adiwira terbaik tahun ini, Justice League telah merampas gelaran itu kali ini.

Tak percaya? Kami senaraikan sebab-sebab kenapa anda sendiri perlu tonton filem Justice League!

1. Adiwira bersatu

Ya, dalam filem Justice League, anda akan pertama kali menyaksikan Batman, Superman, Wonder Woman, Cyborg, Flash dan Aquaman bergabung untuk menentang Steppenwolf.

Satu kolaborasi yang cukup gah dan hebat untuk menggabungkan kuasa triniti (Batman, Superman dan Wonder Woman) dalam satu naskhah tanpa mengabaikan peranan masing-masing.

Malah, watak Aquaman, Cyborg dan Flash juga diberikan keadilan untuk muncul dan diingati sampai hujung filem.



2. Kelakar tak terlalu serius

Mungkin bagi segelintir penonton meletakkan percaturan bahawa filem Justice League sebuah filem yang serius dan dark.

Namun, sebenarnya kebanyakan dialog disuntik dengan elemen humor. Ada yang menyifatkan DC sudah "Disney-fied" dengan suntikan formula itu.

Namun, adakalanya menonton Justice League seumpama menonton filem The Avengers sebenarnya.

3. Kemunculan sulung Flash, Aquaman & Cyborg

Tiga perkara yang perlu anda tahu tentang watak Flash, Aquaman dan Cyborg sebelum anda menonton filem ini adalah:

Flash: individu terpantas yang mempunyai keupayaan memanipulasi kelajuan.

Aquaman: Pemimpin lautan, Aquaman merupakan raja di kerajaan Atlantis dan pelindung dunia bawah air.

Cyborg: Cyborg terdiri separuh manusia dan separuh mesin. Badannya musnah dalam satu insiden namun diselamatkan dengan eksperimentasi teknologi moden.




Dalam Justice League, ketiga-tiga watak ini diperkenalkan buat kali pertama.

Mungkin ini perkenalan awal kepada penonton sebelum filem tentang Flash (Flashpoint, 2020), Aquaman (Aquaman, Disember 2018) dan Cyborg (Cyborg, 2020) ditayangkan di pawagam bermula tahun depan.

4. Superman bangkit dari kubur

Seperti semua tahu Superman tumpas di tangan Batman menerusi filem Batman Vs Superman: Dawn Of Justice (2016) namun ada kejutan dalam Justice League kerana adiwira itu kembali bergabung untuk menentang Steppenwolf.

Menggunakan Mother Box dan kuasa kripton, Superman dibangkitkan semula daripada kubur dan kembali menjalani kehidupan sebagai Clark Kent.

Dalam filem ini diselitkan babak romantis antara Lois Lane dan Clark Kent di ladang milik keluarga Kent seperti siri Smallville (2001).

Malah, Kent menyarung kembali baju merah berkotak seperti yang pernah dipakai untuk siri popular itu.

5. Ada 2 ending credit

Pastinya anda jangan terburu-buru keluar daripada pawagam selepas tamat filem Justice League kerana terdapat dua buah potongan ending credit pada akhirnya.

Daripada situ, muncul watak Green Lantern buat pertama kalinya! Tunggu...


Teks oleh: Amri Hassan