Pelakon dan model kacak, Idris Khan, 29, bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis kelahiran Maghribi, Sanaa Jeljalane, 26, pada 20 Januari 2018.

Bagaimanapun, lokasi untuk majlis itu masih belum diputuskan.

"Saya dan Sanaa akan berkahwin pada 20 Januari 2018 di Kuala Lumpur. Cuma lokasi sebenar masih belum ada.

"Keluarga Sanaa akan turun ke sini untuk majlis perkahwinan kami.

"Setakat ini persiapan menjelang majlis itu berjalan lancar dan saya tidak terlalu tertekan untuk memikirkan soal itu (kahwin)," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Idealyst Medispa Putrajaya hari ini.

Where we'd rather be ??

A post shared by ?سناء (@sanaajle) on


Idris dan Sanaa telah berkenalan sejak dua tahun lalu dan memutuskan untuk mendirikan rumah tangga awal tahun ini.

"Buat masa ini Sanaa perlu berulang-alik ke negaranya untuk menguruskan beberapa dokumen menjelang majlis kami tahun depan," tambahnya.

Teks oleh: Amri Hassan