Penyanyi terkenal Mariah Carey akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan gastric sleeve untuk menurunkan berat badannya kerana sering dihina terlalu gemuk dan sukar menari.

Penyanyi lagu My All itu mendapat kecaman yang teruk daripada netizen apabila sering kelihatan termengah-mengah ketika membuat persembahan di pentas.

Pembedahan gastric sleeve akan mengurangkan kadar penyerapan makanan dalam usus dan membuatkan pesakit rasa cepat kenyang serta mengurangkan selera makan.

"Mariah melakukan prosedur itu sebulan lalu dan kesannya sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan.

"Ketika berat badannya meningkat secara mendadak, dia sering rasa terhina dan kecewa sampaikan dia sendiri memotong tanda saiz pada setiap helaian baju yang dipakainya," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Selepas menjalani pembedahan itu enam minggu lalu, Mariah muncul dengan bentuk badan yang lebih kurus dalam sebuah acara di TCL Chinese Theatre di Hollywood, Amerika Syarikat pada hari Rabu lalu.

Berat badan Mariah pernah mencecah 100 kilogram pada Julai lalu hingga menyukarkan dia untuk berjalan.

Baca: Berat Badan Lebih 100kg, Mariah Carey Susah Hendak Berjalan

Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Page Six, AOL