Pelakon kacak Remy Ishak menegaskan dia tidak pernah mendaftarkan diri untuk servis e-hailing Uber.

Sebaliknya, kata Remy, 35, dia menggunakan servis itu untuk ke tempat penggambaran selepas keretanya jenis Mitsubishi Triton hilang pada Mac tahun lalu.

"Saya anggap kereta saya yang hilang itu bukan rezeki saya, mungkin Tuhan mahu menggantikannya dengan lebih baik. Saya fikir positif sahaja.

"Sejak kereta saya hilang, saya lebih selesa menggunakan servis Uber.

"Tidak benar tentang cerita saya bawa Uber seperti yang tersebar.

"Kadang-kadang apabila naik Uber atau servis lain seperti Grab Car, mereka (pemandu) suka merakamkan gambar dengan saya jika perasan.

"Tetapi kalau saya duduk di bahagian belakang, mungkin ramai yang tidak perasan saya jadi penumpang mereka," katanya kepada Astro Gempak.

Remy atau nama sebenarnya Zalimie Ishak kehilangan keretanya jenis Misubishi Triton yang dilarikan ketika sedang membeli ais di sebuah kedai serba guna di Seri Kembangan pada pertengahan Mac 2016.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @remyishak