Bekas finalis Lawak Solo, Fikry Ibrahim kini berubah dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan selepas bertemu dan berkawan dengan seorang ustaz yang dikenali sebagai Abang Surau.

Bagaimanapun bukan mudah untuk Fikry berubah ke arah yang lebih baik kerana pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi.

Tetapi, Fikry nekad dengan pendiriannya untuk menjadi manusia lebih baik demi mencari kesempurnaan di dalam hidup.

Kisah penghijrahan Fikry boleh disaksikan menerusi drama bersiri terbaharu Kerna Syurga Bukan Percuma yang ditayangkan di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135) setiap Isnin hingga Rabu, 9 malam.

Fikry yang membawakan watak utama sebagai Khai pada mulanya adalah seorang samseng sekolah.

Namun jauh dari sudut hati Khai sebenarnya dia hendak berubah menjadi baik secara perlahan.

Bagaimanapun dia mendapat pelbagai dugaan dari masyarakat yang tidak mempercayai seseorang yang mempunyai sejarah budak jahat boleh berubah.

Dalam kesesatan mencari arah, dia berjumpa dengan seseorang yang dikenali sebagai Abang Surau yang telah membantu dan membimbing Khai ke arah kebaikan.

Namun banyak konflik dan kesusahan yang ditempuhi Khai untuk berhijrah sehingga dia dihina dan dicaci.

Apakah yang dilalui Khai seterusnya sehingga dia berumpa dengan Elfira Loy yang memegang watak sebagai Soleha?

Saksikan Kerna Syurga Bukan Percuma di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135) setiap Isnin hingga Rabu, 9 malam.