Konsert minggu kedua GegarVaganza musim keempat (GV4) menyaksikan Liza Hanim menduduki tangga pertama dengan markah sebanyak 83.8 %.

Dengan tema ‘Sekali Dengar Terus Melekat’, konsert kali ini berakhir dengan penyingkiran Ferhad yang menduduki tangga terakhir.

Untuk konsert kedua ini juga, Elyana yang menyampaikan lagu Masih Cinta sekali lagi dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingati.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan menerima ‘like’ paling banyak di akaun Instagram Datuk Vida yang juga merupakan penaja GV4.

Pemenang menerima hadiah istimewa daripada Datuk Vida.

Selain Elyana, Aishah juga turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000 serta diberi pilihan untuk menentukan giliran persembahannya minggu ini.

Dalam pada itu, kesemua bintang GV4 diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Jalaluddin Hassan.

Di bawah merupakan ‘recap’ komen-komen dan juga persembahan bintang GV4:

BACA: MARKAH PENUH 11 BINTANG YANG BERJAYA KE MINGGU KETIGA GV4

Liza Hanim - Aku Hanya Pendatang


“Saya tetap suka lagu itu walaupun dinyanyikan oleh Liza Hanim. Ibu Hetty, Tok Ram bagi awak ‘standing ovation’. Awak memukau saya,” - Datuk Jalal.

Haida - Gubahan Rindu Puisi Syahdu


“Kuat tenaga kamu, ‘watch out’ kamu punya huruf G. Bila kamu tekan jadi sengau. Tapi kamu punya vokal, nafas ‘improve’ banyak, ‘very good’,” - Datuk Ramli MS.

Hazami - Setengah Mati Merindu


“Hazami, bagus! ‘Steady maintain’, suara jelas, sebutan. Saya tahu masa latihan kamu masih belajar dalam masa seminggu. ‘Very good effort’,” - Datuk Ramli MS

Syura - Ku Pendam Sebuah Duka


“Satu persembahan yang ‘simple’, berdiri di sana dan lontarkan nyanyian. Yang penting penghayatan anda dapat saya rasai. Saya suka mendengar suara anda. Tetapi saya suka persembahan anda yang ‘simple’ itu,” - Datuk Jalal

Aishah - Dingin


“Nak menyanyi ‘key’ yang begitu tinggi, ‘maintain’ dan ‘sustain’ itu agak ‘superb’. Ada orang marah kenapa saya tak bagi ‘standing ovation’ pada awak. ‘For her is nothing for standing ovation, I should bow to her.’ ‘Good job!’ Awak patut ‘maintain’ supaya jadi rujukan untuk penyanyi baru,” - Datuk Ramli MS

Tia Jimbara - Lagu Cenderawasih


“Bunda suka dengan suara tinggi kamu, konsisten. Hentam terus, itu yang bagusnya kamu. Karakternya itu biar lebih ‘macho’,” - Hetty Koes Endang

Lan Kristal - Karam


“Bunda suka sekali, dengan pengakhirannya. Eyy mengancam! Tembakannya itu mantap sekali. Lan sukses dan berlatih lagi,” - Hetty Koes Endang.

Aqasha - Aku


“Lihat awak buat persembahan atas pentas, pakaian yang awak pakai, awak ada ‘style’. ‘I love your style’ dengan cara penghayatan, luahan perasaan. Wow! ‘Your the man’,” - Datuk Jalal

Firman Siagian - Rindu Serindu-Rindunya


“Saya biasa dan suka dengan lagu ini. Pada awalnya rasa agak jangal sebab dinyanyikan oleh orang lain. Tapi lama -kelamaan bila korus anda kelihatan bersungguh-sungguh. Sebutan jelas dan saya rasa ibu Hetty juga terhibur,” - Datuk Jalal

Elyana - Masih Cinta


“Kamu berbeda dengan minggu lalu, penampilan, cara menyanyi, ekspresi kamu mantap. Cuma huruf diakhiran ‘U’ nya hati-hati sedikit tetapi semuanya mantap”- “Hetty Koes Endang

Raja Azura - Apa Yang Kau Cari


“Kalau ada peluang bawa lapan atau sembilan bas perform sakan. Tak akan dapat di tempat lain. Ini peluang kamu, buat apa sahaja pentas ini awak punya,” - Datuk Ramli MS

Ferhad - Harus Terpisah


“Lagu ini tidak mudah tapi yang penting kamu sudah berusaha menyanyikan lagu ini dengan cara Ferhad. Sukses,” - Hetty Koes Endang

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Teks oleh: Mya Amri