Ehem! Ehem! Ya, Miss K tahu ramai yang terkejut dengan cerita yang akan Miss K sampaikan ni. Mesti ramai yang tertanya-tanya betul ke Pekin dan Uqasha Senrose kembali bersama?

Mungkin ada yang akan kata “tak mungkinlah...kan ke Uqasha Senrose tengah hangat bercinta dengan pengacara dan pelakon kacak, Hefny Sahad?”

Miss K pun sebenarnya ‘kurang yakin’ dengan berita yang disampaikan si Ratasya petang tadi! Oh ya, Ratasya tu kawan Miss K yang suka benar ambil tahu perkembangan terkini artis-artis Malaysia.

Bak kata orang tu, apa-apa cerita kontoversi, gosip-mosip dan seangkatan tu...Memang ‘makanan’ si Ratasya ni la!

Kata Ratasya, dia dapat cerita yang Pekin dan bekas kekasihnya akan bertemu di Taiping dalam dua tiga hari mendatang ni..Untuk apa dan kenapa tidak pula si Ratasya ni beritahu kepada Miss K!

Hailaaaaa Ratasya, kot ya pun nak menyampai cerita sediakanlah Miss K bukti yang kukuh! Miss K serik tau orang fitnah Miss K bermulut jahat dan kaki tabur fitnah!

Lagipun bila Ratasya kata Pekin dan Uqasha kembali bersatu, apa pula kata Hefny nanti? Timbul salah faham belakang hari, Miss K juga dikata peruntuh masjid yang sedang dibina!

Macam mana pun, Miss K ‘looking forward’ dengan berita yang Ratasya sampaikan ni. Miss K nak tengok, betul atau tidak bekas pasangan kekasih ini akan bertemu di Taiping dalam masa terdekat ini.

Namun, Ratasya jangan ingat Miss K akan ‘assume’ yang mereka kembali bercinta ya! Awas ya Ratasya kalau berita mereka bakal bertemu tu tak betul!

Miss K akan siasat sendiri dakwaan Ratasya! Entah-entah Pekin dan Uqasha bertemu dalam filem ke...drama ke, kan? Kalau betul mereka akan bertemu di set penggambaran, Miss K 'salute' sikap profesional masing-masing.

Macam tu baru betul...Barang yang lepas, jangan dikenang...Buang yang keruh, ambil yang jernih..Ye tak?

Hmmm...Agaknya kawan Miss K si Ratasya tu yang cepat sangat buat andaian kot? Jangan buat hal dik, makan diri nanti!

Okaylah, Miss K nak skodeng Instagram Pekin dan Uqasha sambil ‘turn on mode CSI’...Daa~

Miss K: Ada dengar cerita artis nak bertunang, tapi....