Pelakon Datuk Hans Isaac mengakui membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan dengan tunangnya Gabrielle Robinson.

Menurut Hans, 46, keputusan itu dibuatnya setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu.

"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.

"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Hans memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.

Hans dan Gabrielle Robinson yang juga seorang model sepatutnya berkahwin pada 29 Julai lalu.

Sumber: Instagram @hansisaac & mStar Online