Konsert minggu pertama GegarVaganza musim keempat (GV4) membuka tirai dengan persembahan hebat kesemua bintang.

Bertemakan Masihkah Kau Ingat, 12 bintang GV4 menyampaikan lagu hit nyanyian asal mereka yang semestinya dinantikan oleh penonton.

Konsert minggu pertama menyaksikan Elyana yang mempersembahkan lagu Tak Tercapai Akalmu dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Diingati.

Anugerah tersebut diberikan kepada bintang paling menyerlah dan menerima ‘like’ paling banyak di akaun Instagram Datuk Vida yang juga merupakan penaja GV4.

Pemenang menerima hadiah istimewa daripada Datuk Vida.

Dalam pada itu, kesemua bintang GV4 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Prof Chef Wan sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

Aishah - Janji Manismu (96%)


“Penonton dengar pun terpukau. Suara tu macam zaman anak dara, tak berubah. Tak dengar mengah langsung, macam mana tu?” - Datuk Chef Wan


Firman Siagian - Kehilangan (91%)


“Kamu tidak hanya menyanyi tetapi berbicara, itu yang mahal. Bagus sekali. Firman, bravo! Bravo! Bravo!” - Hetty Koes Endang.

Hazami - Mungkir Bahagia (90%)


“Vokal tak boleh cakap, memang bagus. Jiwa orang lama menyanyi, pengalaman,” - Datuk Ramli MS

Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga (87%)


“Tak payah cakap vokal, masih ada kat situ lagi. Masih lagi di kelas kamu. Well done!” - Datuk Ramli MS

Lan Kristal - Seragam Hitam (86%)


“Berapa lama dalam industri? Saya tengok awak masih kaset lagi tau. Rock langgar bas, cun! cun!” - Datuk Ramli MS

Tia Jimbara - Farhana (85%)


“Konsisten... Suara bagus, lagu bagus, kalau muzik, bunyi dan lighting tidak bagus tidak akan menjadi. Semuanya hebat. Muzik dan gubahan lagu hebat! Tia, pertahankan nada tinggi kamu, tembaknya tadi pass!” - Hetty Koes Endang

Elyana - Tak Tercapai Akalmu (85%)


“Kamu ini mempunyai karakter yang luar biasa. Lagu ini ada nada yang unik, kalau nafas kamu tidak panjang habislah kerana lagu ini rapat sekali notenya, kamu sudah bagus!,” Hetty Koes Endang

Syura - Nazam Berkasih (82%)


“Bagus, saya suka rentak lagu tu. Persembahan awak wonderfull. Tetapi kalau lagu begini saya lebih suka jika awak berinteraksi dengan penonton.

“Pergi sana sini, main mata daripada awak berdiri di tengah pentas umpama pokok kelapa ditiup angin. Selain daripada itu suara awak memang merdu,” - Datuk Chef Wan


Ferhad - Kasih Berubah (75%)


“Kamu masih lagi maintain selepas bertahun-tahun terutamanya your powerfull voice. Dari segi penghayatan, I love it! Saya sukakan persembahan awak,” - Datuk Chef Wan

Aqasha - Embun (75%)


“Lagunya ibu suka, arrangement dan cara kamu nyanyikan juga ibu suka. Ekspresi perlu ada, jangan diam. Suara kamu bagus, ini pentas kamu. Semoga sukses,” - Hetty Koes Endang

Haida - Zapin Usik Mengusik (72%)


“Dah berapa lama tak menyanyi? You still sounds good. Well done, thank you very much,” -Datuk Ramli MS

Raja Azura - Hati Terkunci (68%)


“Raja Azura memang berbakat, awak punya effort malam ni memang bagus. Ada feeling, boleh nyanyi,” - Datuk Chef Wan

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Teks oleh: Mya Amri