Misteri individu dengan pangkal nama H yang memberikan sepotong kek red velvet bersama sekeping nota terungkai.

H yang dimaksudkan ialah Helena, seorang wanita yang dicop sebagai ‘homewrecker’.

Helena merupakan individu yang memberikan sepotong kek red velvet bersama sekeping nota cinta kepada dua orang pelakon yang berstatus suami orang, Hisyam Hamid dan Fikhree Bakar.

Jangan risau kerana tindakan Helena memberikan kek red velvet kepada suami orang hanyalah gimik semata-mata.

Watak dan karakter Helena boleh disaksikan dalam drama bersiri terbaru slot Megadrama, Red Velvet.

Neelofa menggalas tanggungjawab untuk membawakan watak Helena disamping Alif Satar yang memegang watak Izzat.

BACA: Siapa H Yang Hantar Kek Red Velvet Kepada Pelakon Berstatus Suami Orang?

Bagaimanakah caranya Neelofa membawakan watak seorang wanita yang digelar ‘homewrecker’?

Pastinya karakter Neelofa menarik perhatian peminat kerana watak Helena berbeza berbanding karakter lain yang pernah dibawakan oleh Neelofa sebelum ini.

BACA: Rakaman CCTV Pemberi Kek Red Velvet Kepada Suami Orang Tersebar, Siapa Sebenarnya H?

Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @neelofa