Keberkesanan lakonan Alvin Chong yang membawa watakn Hilman menerusi drama Awak Suka Saya Tak membuatkan peminat tidak boleh ‘move on’.

Walaupun episod akhir drama itu telah berlalu semalam, namun peminat seakan-akan tidak boleh menerima hakikat tersebut.

Bahkan ada juga peminat yang mencadangkan supaya Awak Suka Saya Tak disambung untuk siri kedua.

Dalam pada itu, ruangan komen setiap sedutan drama yang dimuat naik oleh Alvin menerusi akaun Instagram (IG), dihujani dengan kata-kata pujian peminat yang kagum melihat keserasiannya dengan aktres Emma Maembong.

“@alvinchong123 dan @emma_maembongofficial memang sesuai sangat di gandingkan bersama. Semoga korang sukses dan dapat sekali lagi tengok gandingan korang lepas ni. Good luck!” - @chenoniejelita.

“We will miss you Alvin. #Hilman,” - @arnieza_zeli

“Lepas ni Awak Suka Saya Tak Raya. Tak sabarnya, macam tak caya je dah habis drama ni - @Syeramahmud

“Serasi sangat. Harap awak berdua dapat berlakon bersama lagi,”- @darwissya_latif

“@alvinchong123, lakonan awak yang paling ‘best’ saya rasa. Kami dapat rasa perasaan watak Hilman tu. Mesti kami akan rindukan awak Hilman,” - harlynawati_elin.

Dalam perkembangan lain, aksi Alvin dan aktor Fattah Amin boleh disaksikan menerusi musim terbaru program The House.

Jangan lupa untuk menyaksikan gelagat lucu dan mencuit hati mereka dalam The House!

Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.

Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.

Teks oleh: Mya Amri
Foto: Instagram @alvinchong123