Selepas bintang AF Megastar, Shahir memuat naik status bakal menarik diri daripada pertandingan akhir program realiti tersebut Ahad ini, pihak produksi menganggap ia sekadar luahan peribadi penyanyi tersebut.

“Kami di pihak produksi AF Megastar kini sedia maklum mengenai status yang dimuat naik oleh Shahir di ruangan media sosial beliau sebentar tadi.

“Namun begitu, kami merasakan ia merupakan luahan peribadi Shahir, secara individu. Kami yakin Shahir merupakan seorang yang profesional dan akan menghargai setiap sokongan yang diberikan peminat beliau terutamanya sepanjang menyertai program ini.

“Setakat ini, kami boleh mengesahkan Shahir masih lagi salah seorang peserta rasmi program AF Megastar dan kami di pihak penerbitan sedang giat menyediakan kesemua peserta untuk konsert akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini,” kata pihak produksi dalam sebuah kenyataan.

Terdahulu, Shahir telah memuat naik status kemungkinan akan menarik diri kerana menganggap dirinya disabotaj.