Pelakon Lufya akui sudah memilih nama istimewa anak perempuannya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Lufya yang kini hamil sembilan bulan memberitahu perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam beserta foto kanak-kanak perempuan yang cantik.

Malah bekas peserta Akademi Fantasia 6 ini juga meminta peminat untuk meneka nama anaknya yang bermula dengan huruf ‘L’.

Alololo comelnyer die... Nama yang diberikan bermula dengan huruf L..nama yang indah,dan sedap didengar dengan makna nama yang baik.. Sapa yg teka betul nama Baby L atau hampir betul...Lulu nak kasi? Clue: Baby girl & start with capital L & nama yang "rare" Suggestions nama-nama yang baik juga akan diterima.? Selamat mencuba.. ?❤

A post shared by ? Baby L (@lufyaluvya) on


Disebabkan posting itu juga, peminat mula meneka dan memberikan cadangan nama-nama yang cantik berserta maksud yang baik.

Antaranya:

“Ludmilla (dicintai semua orang) Lareina (sang ratu ) Larisa (riang gembira),” - @nrlsyakirah

“Luciana Luthfiya - cahaya kelembutan,” - @fara_adnan

“Lathifah Haura (perempuan berkulit putih dan menawan),” - @hazzaidris


Foto: Instagram @lufyaluvya

Teks oleh: Mya Amri