Jarang sekali atau mungkin tidak pernah pelakon Shaheizy Sam tampil di hadapan khalayak umum tidak berbaju.

Namun, menerusi entry yang dikemaskini di Instagram semalam, Shaheizy menduga netizen dengan aksi tayang badan sempena persediaan penggambaran filem Polis Evo 2.

"Memang betul-betul panas di sini (gimnasium) atau memang saya yang 'panas'? Oh! saya suka kerja saya," tulisnya di kapsyen foto tersebut berserta tanda pagar #InspektorKhai dan #PolisEvo2.

Is it hot in here or its just me?! ?. OWH, I LOVE MY JOB!!! ???. #InspektorKhai #PolisEvo2

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on


Foto itu telah mendapat 41,000 likes dan lebih 400 komen netizen yang teruja melihat bentuk badannya yang sado.

Semestinya imej seksi itu mendapat pujian peminat Sam sendiri yang sudah tidak sabar menantikan filem aksi terbaharu lakonannya.

Malah, ada juga peminat yang menyamakan bentuk tubuh badan terbaharu Sam seperti pelakon Hollywood, Zac Efron.

"Wow! Tegapnya badan Shaheizy Sam," tulis @valentinodanish.

"Ini sudah macam Zac Efron. Perubahan ketara," tulis @ipey_hani.





Polis Evo 2 merupakan sekuel filem pecah panggung 2015, Polis Evo yang mendapat kutipan RM17.3 juta.

Selain Sam, filem Polis Evo 2 turut dibintangi pelakon dan model cantik Indonesia, Raline Shah.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @shaheizy_sam