Berbeza dengan pertandingan lain, hanya juara diumumkan di AF Megastar peringkat akhir nanti.

Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris berkata kelainan akan berlaku di AF Megastar.

"AF Megastar sedikit berbeza dengan pertandingan lain kerana tiada pemenang tempat pertama, kedua atau seterusnya sebaliknya hanya juara sahaja yang akan diumumkan.

"Namun akan ada kelainan yang akan dilakukan nanti, harap boleh bersabar untuk menantikannya sehingga minggu hadapan.

"Namun saya pasti semua bintang akan menerima hadiah," katanya kepada Astro Gempak.

Juara AF Megastar bakal menerima hadiah wang tunai sejumlah RM100 000 dan sebuah trofi daripada Astro serta pakej percutian tajaan SelamatBercuti.com

Lima bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Idayu, Bob, Marsha, Shamel dan Shahir.

AF Megastar yang dikemudikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com


Teks oleh: Syafiqah Jalal