Finalis Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin mengakui ada alasan tersendiri untuk memilih pelakon Fattah Amin sebagai idolanya.

Menurut Alif, dia kagum dengan kejayaan yang diperolehi Fattah dan berharap agar suatu hari nanti dia akan diberikan peluang untuk bergandingan dengan pelakon drama bersiri Coffee Prince itu.

"Saya rasa tidak salah menjadikan Fattah sebagai idola kerana dia seorang selebriti yang pandai untuk membawa diri ke tahap yang lebih bagus.

"Walaupun menerima pelbagai kecaman, dia tetap positif untuk memajukan diri dengan pelbagai perubahan yang dilakukan daripada segi mutu lakonan sehingga meraih anugerah.

"Dia juga merupakan seseorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan bijak mencari peluang yang ada.

"Saya juga sedia dikritik jika ada orang yang mempertikaikan kenapa saya memilih Fattah sebagai idola dan saya mahu mengambil apa yang terjadi pada dirinya sebagai panduan untuk memperolehi kejayaan kelak," katanya kepada Astro Gempak.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman program Hero Remaja yang diadakan di Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.

Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai finalis-finalis Hero Remaja, jangan lupa saksikan rancangan Hero Remaja 2017, setiap hari Khamis pada pukul 9 malam, di salauran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Sementara itu, penonton juga boleh menyaksikan 'Hero Remaja x Astro Gempak' secara digital di laman web Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fattah Amin kini muncul dalam program realiti The House bersama aktor Alvin Chong.

Gelagat sebenar Alvin dan Fattah dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti tersebut dan jangan lupa untuk menonton gelagat lucu dan mencuit hati mereka.

Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.

Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!

Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi