Anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid mengesahkan bakal bernikah dengan pelakon, Izara Aishah pada 17 November ini.

Bagaimanapun Adib memberitahu majlis itu akan dilangsungkan dalam satu majlis tertutup khusus untuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Pasangan berkenaan juga akan diraikan dalam majlis persandingan sebelah lelaki dua hari kemudian.

“Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib.

Adib dan Izara yang juga aktres wanita ternama tanah air sebelum ini mengikat tali pertunangan pada Julai lalu dan kedua-duanya juga akan mengikut kursus pernikahan pada hujung minggu ini.

Sumber: Utusan Online