Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya dikritik apabila tampil bersama orang utan untuk sebuah sesi fotografi sebuah majalah tempatan.

Yayasan Perlindungan Orang Utan Bornei (Borneo Orang Utan Survival Foundation) mengutuk konsep penerbitan majalah itu yang mengeksploitasi haiwan terancam.

"Borneo Orang Utan Survival (BOS) Foundation berasa kecewa terhadap kandungan ini.

"Orang Utan adalah spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang. Tidak selayaknya orang utan diperlakukan sebegini, dipromosi sebagai haiwan peliharaan atau permainan," tulis BOS Foundation di Instagram.

The long awaited wedding guide book is finally here. Make sure to grab our latest #2017 issue, starring the gorgeous @lunamaya on the cover. Photo by @wongsim Makeup by @catleyadea Hairdo by @kieferlippens Gown by @jeannyangcouture Wallpaper by @coulisse_id

A post shared by her world Brides Indonesia (@bridesindonesia) on



Yayasan berkenaan juga menegaskan, pihak penerbitan bahan bacaan itu sepatutnya peka dan memahami akan sensitiviti mengenai perkara itu terutama membabitkan tentang haiwan yang semakin pupus dan dilindungi.

Tindakan majalah itu menampilkan haiwan terancam juga mendapat kecaman daripada netizen.



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @bridesindonesia