Pasangan selebriti Korea, Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee mendedahkan beberapa foto perkahwinan mereka khas buat tatapan peminat.

Koleksi foto itu didedahkan oleh syarikat pengurusan mereka, King Kong by Starship baru-baru ini.

Menerusi foto-foto tersebut, peminat menyatakan rasa terpegun melihat kecantikan busana pengantin yang dipakai oleh Jo Yoon Hee.

Mereka juga memuji gaun serba putih itu menyerlahkan lagi kejelitaan Yoon Hee di hari perkahwinannya.

“Cantiknya baju pengantin dia! Yoon Hee memang cantik tapi saya juga suka melihat busana yang dipakainya,” – Miyaka08

“Saya sangat sukakan foto-foto perkahwinan pasangan ini. Simple tapi cantik! Lebih-lebih lagi baju pengantin perempuan,” – Cyan Helmet

“Pasangan yang sangat sesuai, sama cantik sama padan. Semoga perkahwinan anda berdua berkekalan,” – Red


Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee berkahwin pada 29 September lalu. Majlis yang berlangsung secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga dan juga kenalan rapat.





Foto: King Kong Entertainment by Starship