Juri tetap AF Megastar, Syafinaz Selamat, memberi peringatan kepada semua bintang yang bakal menyanyikan lagu medley atau mashed up bertemakan ikon pada konsert minggu keempat Ahad ini.

Syafinaz berkata, bintang AF Megastar perlu lebih berhati-hati dengan tema kali ini kerana ia agak mencabar.

"Bukan senang nak buat 'mashed-up' kerana ramai ingat dengan menggabungkan sahaja dua buah lagu itu ia akan menjadi.

"Mereka perlu faham bentuk muzik dan kena tahu lagu apa yang sesuai untuk digabungkan.

"Bukan sesuai dari segi lirik tetapi susunan muzik itu yang perlu dititik beratkan kerana, jika tidak melodinya tidak ngam," katanya kepada Astro Gempak.

Selain itu, Syafinaz turut memberitahu, setiap bintang perlu ada pengarah muzik yang memberi panduan kepada mereka.

"Seperti kata Ramli MS dalam komennya kepada peserta sebelum ini, mereka perlu ada pengarah muzik.

"Orang profesional ini, tahu muzik apa yang sesuai untuk digabungkan.


"Ye lah...kadang-kadang penyanyi ini mereka tidak memahami muzik dan aturannya, sebab itu perlu ada Executive Produser," katanya lagi.

Minggu ini, lapan bintang AF Megastar perlu memilih dua buah lagu daripada seorang penyanyi untuk menyampaikan dalam bentuk medley atau 'mashed-up'.

Lapan bintang yang tinggal ialah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah, Syamel, dan Amir.

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Nak imbau kembali Jika konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga AF2013, boleh didapati di Astro On Demand, untuk maklumat lanjut sila ke www.watchod.com

Teks oleh: Syafiqah Jalal