Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid meninggal dunia pada jam 6 petang tadi di Institut Jantung Negara.

Sumber terdekat keluarga memberitahu, jenazah Allahyarham Maznah atau lebih dikenali sebagai Iron Lady itu akan dibawa pulang ke kediamannya di Ukay Height, Ampang, pada jam 10 malam ini.

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tar, esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak.

Terdahulu, Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung lima hari lalu.

Ikon wanita itu melakukan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dua saluran jantungnya mengalami masalah.

Foto: Google